Gejala Sosial


Sejak kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan dengan isu gejala sosial yang melibatkan remaja. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah ini.




  • Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 gejala bermaksud  tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu alamat atau petanda)
  • Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat atau kemasyarakatan.
  • Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.





Masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu :

a) Kesalahan jenis jenayah

b) Kesalahan gengsterisme

c) Kesalahan kurang sopan dan biadap























Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak lelaki dan perempuan di seluruh negara. Gejala sosial yang dikenal pasti adalah merokok, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, menonton filem lucah, mengambil pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, rasuah, maksiat, bercerai dan jenayah bunuh.



1) Media-Massa
  • Pengaruh media-massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan luar kawalan daripada media-massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah budaya.

2) Sikap Ibu Bapa
  • Ibu bapa yang sibuk mencari pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga telah mengabaikan golongan muda. Mereka semakin kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri dan masyarakat sekeliling. Sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak merupakan salah satu penyebab utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan pelajar. Ibu bapa generasi kini terlalu memanjakan anak mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul. Ramai ibu bapa meletakkan tanggungjawab kepada orang gaji untuk mengasuh anak mereka atas kepentingan mengejar kerjaya mereka. Hal ini menyebabkan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah terutama usia 12-15 tahun terlibat degan gejala sosial seperti ponteng sekolah dan merosakkan harta benda sekolah.

3) Globalisasi dan Modenisasi
  • Dalam mengejar arus modenisasi, pelajar terdedah kepada pelbagai cabaran. Contohnya, kemunculan telefon bimbit berteknologi tinggi menimbulkan masalah kepada pencerobohan peribadi individu. Gambar dan aksi yang tidak senonoh mudah diperoleh daripada laman web seperti youtube, facebook, twitter dan metacafe yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.

4) Keruntuhan Insititusi Keluarga
  • Remaja daripada keluarga yang berpecah belah mengalami kehilangan tempat bergantung dan tempat menumpah kasih sayang. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954)
  • Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.



1) Kesan ke atas individu
  • Individu yang mencorak dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi berbanding dengan individu yang mencorak dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.



2) Kesan ke atas keluarga
  • Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akibat daripada wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, sesebuah keluarga pastinya akan berlaku perceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.

3) Kesan ke atas negara
  • Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditangani akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga meningkat sejajar dengan gejala sosial





1) Peranan ibu bapa
  • Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian kepada anak-anak mereka.
  • Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak geri atau pergarakan anak-anak mereka.
  • Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
  • Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik.
  • Ibu bapa juga hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberi keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.

2) Penguatkuasaan undang-undang
  • Peruntukan undang-undang peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
  • Penguatkuasaaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.




   




3 comments: