Peraturan Tatatertib

  • Tajuk ini akan membincangkan hal yang berkaitan dengan tatalaku dan tatatertib seorang guru sebagai penjawat awam.
  • Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
  • Oleh itu, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melakasana tanggungjawab yang diamanahkan.



Sebagai penjawat awam, guru mestilah sentiasa berkelakuan dan bertindak sepertimana yang diperlukan. Ini bermaksud guru mestilah patuh akan peraturan-peraturan dalam aspek kelakuan dan tatatertib seperti mana yang terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki.

Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan.

Matlamat tatatertib adalah seperti berikut :

Secara keseluruhannya, peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti berikut :
  • Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan serta larangan / kesalahan khusus
  • Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib
  • Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib Hukuman tatatertib
  • Peruntukan pelbagai yang berkaitan





Peraturan 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.





Peraturan 3B
Seorang pegawai hendaklah memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (PU .A. 176) Lantikan, Naik Pengkat dan Penamatan Perkhidmatan

Peraturan 3C
Menjadi tanggungjawab seorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bahawannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4 (1)
Seorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut :

  • bersubahat dengan musuh negara
  • membocorkan rahsia negara
  • memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan kerajaan
  • menjadi anggota jemaah islamiah
  • menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Peraturan 4(2), seseorang pegawai tidak boleh

  • membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya
  • berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya
  • seorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha
  • seorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah
  • seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab
  • membantah atau melawan pegawai atasan
  • cuai dalam melaksanakan tugasnya





Peraturan 5 : pekerjaan luar
Seorang guru tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Dinyatakan bahawa, penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar. Walaubagaimanapun, seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatan.

Ketua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan :

  • dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi
  • tidak menjelaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam
  • tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam

Ketua jabatan disini merujuk kepada guru besar ataupun pengetua.


Peraturan 6 : pakaian
Antara contoh pelangggaran peraturan 6 adalah seperti :
  • memakai singlet atau baju-T tanpa kolar
  • memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain






Peraturan 9 : menerima atau memberi keraian
seorang penjawat awam tidak boleh menerima atau memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender (keraian : belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain)



Peraturan 20 : penyuntingan akhbar/majalah/jurnal

seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar, majalah, jurnal kecuali penerbitan :
  • jabatan
  • profesional
  • pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
  • diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan



Sebagai seorang penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang termaktub dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.


Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tetatertib. Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan atau bertulis

Seorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak menerima apa-apa pergerakan gaji dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut :
  • gaji hanya akan diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaju yang sama
  • penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji
  • tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan.


Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.





 


No comments:

Post a Comment