Saturday 4 August 2012

Jom lihat apa yang berlaku....


Permulaan kepada masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah :


















Keratan akhbar di bawah membuktikan kesan-kesan yang berpunca daripada masalah yang tidak di atasi dengan sewajarnya :


















Monday 23 July 2012

KISAH MURID DAN GURU 1

Ini kisah yang berlaku beberapa minggu lalu. Bukan berlaku kepada saya tetapi berlaku kepada cikgu lain di hadapan saya. Ketika sedang menanda buku murid sambil menunggu loceng pulang di bilik guru, saya dikejutkan dengan suara yang kuat dari pintu,

"ui, cikgu! kenapa cikgu buang beg anak saya?", sergah seorang bapa kepada cikgu yang berada di hujung bilik guru. Semua mata memandang kepada bapa terbabit.

"mana ada saya buang, beg dia ada di tempat saya ni", jawab cikgu tersebut. Bapa tersebut bergerak ke arah guru sambil mulut tidak henti-henti memarahi cikgu. Beberapa cikgu mententeramkan bapa tersebut yang kelihatan sangat marah.

Cikgu tersebut berkali-kali menafikan hal tersebut dan keadaan ini berlarutan ke pejabat. Saya melihat anaknya yang berada di tepi bapa tersebut tersenyum melihat bapanya memarahi cikgu tersebut sambil memakan ais krim. Huh, memang naik lemak la budak ni nanti.

Kebetulan ada beberapa classmate anaknya di situ, mereka menceritakan hal sebenar yang berlaku di dalam kelas kepada bapa tersebut. Dengan perlahan, bapa tersebut berkata,

"cikgu, nanti kalau anak saya buat salah, cikgu bagitau saya ye, nanti saya pukul dia", lembut bicara bapa tu kali ini sambil menahan malu. huh, selepas mengherdik cikgu tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar, kini pandai mula berbicara lembut. Alangkah baiknya kalau di awal tadi berkata seperti ini.

cikgu tersebut dengan tenang menjawab, "tak apalah, lepas ni saya tak akan mempedulikan anak encik. Dia nak buat apa dalam kelas dia buatlah. Dia tak nak buat latihan, saya dah tak kisah..., dia buat, saya akan semak".

Sebenarnya anaknya berlaku kurang ajar kepada cikgu di dalam kelas. Anaknya berlari-lari di dalam kelas sambil menggalas beg, sekali sekala keluar dari kelas. Cikgu tersebut memintanya duduk kerana loceng belum berbunyi tetapi tidak diendahkan. Apabila cikgu meninggikan suara, dia membaling beg tersebut ke arah cikgu.

Marah dengan tindakan anaknya itu, cikgu meminta murid lain mengambil beg tersebut dan meletakkannya di bilik guru.

Sebenarnya siapa yang membaling beg tersebut? 

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini sebagai renungan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan olehKETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkatZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapiSOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUKtelah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.