Monday 23 July 2012

KISAH MURID DAN GURU 1

Ini kisah yang berlaku beberapa minggu lalu. Bukan berlaku kepada saya tetapi berlaku kepada cikgu lain di hadapan saya. Ketika sedang menanda buku murid sambil menunggu loceng pulang di bilik guru, saya dikejutkan dengan suara yang kuat dari pintu,

"ui, cikgu! kenapa cikgu buang beg anak saya?", sergah seorang bapa kepada cikgu yang berada di hujung bilik guru. Semua mata memandang kepada bapa terbabit.

"mana ada saya buang, beg dia ada di tempat saya ni", jawab cikgu tersebut. Bapa tersebut bergerak ke arah guru sambil mulut tidak henti-henti memarahi cikgu. Beberapa cikgu mententeramkan bapa tersebut yang kelihatan sangat marah.

Cikgu tersebut berkali-kali menafikan hal tersebut dan keadaan ini berlarutan ke pejabat. Saya melihat anaknya yang berada di tepi bapa tersebut tersenyum melihat bapanya memarahi cikgu tersebut sambil memakan ais krim. Huh, memang naik lemak la budak ni nanti.

Kebetulan ada beberapa classmate anaknya di situ, mereka menceritakan hal sebenar yang berlaku di dalam kelas kepada bapa tersebut. Dengan perlahan, bapa tersebut berkata,

"cikgu, nanti kalau anak saya buat salah, cikgu bagitau saya ye, nanti saya pukul dia", lembut bicara bapa tu kali ini sambil menahan malu. huh, selepas mengherdik cikgu tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar, kini pandai mula berbicara lembut. Alangkah baiknya kalau di awal tadi berkata seperti ini.

cikgu tersebut dengan tenang menjawab, "tak apalah, lepas ni saya tak akan mempedulikan anak encik. Dia nak buat apa dalam kelas dia buatlah. Dia tak nak buat latihan, saya dah tak kisah..., dia buat, saya akan semak".

Sebenarnya anaknya berlaku kurang ajar kepada cikgu di dalam kelas. Anaknya berlari-lari di dalam kelas sambil menggalas beg, sekali sekala keluar dari kelas. Cikgu tersebut memintanya duduk kerana loceng belum berbunyi tetapi tidak diendahkan. Apabila cikgu meninggikan suara, dia membaling beg tersebut ke arah cikgu.

Marah dengan tindakan anaknya itu, cikgu meminta murid lain mengambil beg tersebut dan meletakkannya di bilik guru.

Sebenarnya siapa yang membaling beg tersebut? 

No comments:

Post a Comment